Polisi bayaran balik & tukar
Dikemas kini: 10 November 2026
Jersi club shop dibuat mengikut tempahan selepas tempahan ditutup, dalam saiz yang anda pilih. Halaman ini menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh dipulangkan.
Membatalkan tempahan
Anda boleh membatalkan tempahan dan mendapat bayaran balik penuh sehingga tarikh tutup tempahan yang tertera di halaman kelab. WhatsApp kami bersama nombor tempahan anda.
Selepas tempahan ditutup, pengeluaran bermula dan kami tidak dapat membatalkan atau membayar balik atas sebab tukar fikiran.
Saiz tidak sesuai
Sila semak carta saiz sebelum menempah. Oleh kerana setiap jersi dibuat mengikut tempahan, kami tidak dapat menjamin pertukaran.
Jika ada stok lebihan dalam saiz anda, kami tukar secara percuma semasa pengambilan, atau anda tanggung kos pos pergi dan balik. Jersi mesti belum dipakai, belum dibasuh dan masih bertag.
Barang rosak atau salah
Jika jersi anda ada kerosakan cetakan atau jahitan, atau bukan seperti yang ditempah, maklumkan kami dalam masa 7 hari selepas menerimanya, bersama gambar.
Kami akan menggantikannya tanpa kos, termasuk pos. Jika tidak dapat diganti, kami bayar balik item itu sepenuhnya.
Cara bayaran balik dibuat
Bayaran balik yang diluluskan dibuat melalui pindahan bank ke akaun yang anda berikan, dalam masa 14 hari bekerja.
Caj gerbang pembayaran, jika dikenakan, tidak dikembalikan bagi pembatalan atas sebab tukar fikiran.
Tempahan pasukan custom
Tempahan pasukan custom tertakluk kepada sebut harga yang anda luluskan. Deposit tidak dikembalikan selepas design diluluskan dan pengeluaran bermula.
Hubungi kami
WhatsApp +60 17-706 1775 atau e-mel wearsac@gmail.com. Kami membalas Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 6 petang.
SAC ialah jenama Eskandar Global Sdn Bhd (1399894X), No. 21G, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.